Perutusan Pengerusi KRT Putera Jaya

jahani.JPG (3265 bytes)

Pembangunan mampan adalah penting dalam sesebuah negara. Ianya perlu di bina dengan melibatkan mayarakat setempat dengan mengambil kira pembangunan sosial  secara menyeluruh tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan.

Kawasan Rukun Tetangga Putera Jaya, Permaisuri, Setiu, Terengganu yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perpaduan Negara mempunyai wawasan kearah mendidik masyarakat  mencapai matlamat tersebut dengan melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial, pendidikan, kebersihan serta sukan dan lain-lain usaha ke arah memupuk  perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Pembinaan "Homepage  KRT Putera Jaya" adalah bagi menangani ledakan maklumat serta arus globalisasi dewasa ini bagi mendepani alaf baru terutama nya dalam  aplikasi teknologi berkomputer dalam urusan pentadbiran sesebuah Kawasan Rukun Tetangga. Rangkaian maklumat KRT Putera Jaya adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat Setiu Cyberlink. Adalah diharapkan homepage dapat memberi manafaat kepada masyarakat mendapat maklumat mengenai KRT.

Akhir kata saya berharap KRT Putera Jaya akan terus berjaya memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.


JAHANI BIN ISMAIL
Pengerusi KRT Putera Jaya,
Permaisuri, Setiu.

 

 

 

 

BACK